Buku Tok Pulau Manis Terengganu
PERHATIAN! BUKU
TOK PULAU MANIS TERENGGANU KINI TELAH BERADA DIPASARAN.
..........
Menelusuri kisah ketokohan dan keilmuan
salah seorang Ulama besar Negeri Terengganu yang
jarang diketahui oleh umum. TOK PULAU MANIS atau nama sebenarnya Syeikh
Abdul Malik Bin Abdullah dilahirkan pada lingkungan tahun 1650 masihi.
Beliau merupakan antara Ulama paling awal yang bertanggungjawab menyebarkan
syiar islam di Terengganu.
Antara gurunya yang masyhur ialah
seperti Syeikh Abdur Rauf Bin Ali Al-Fansuri, seorang ulama
terkenal dari Aceh. Semasa di Aceh beliau telah bersahabat dengan beberapa
orang yang akhirnya menjadi tokoh dan ulama besar seperti Syeikh Yusuf
Tajul Khalwati Al-Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul
Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin Ulakan dari Sumatera Barat.
Mereka kemudiannya bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah.
Semasa di Mekah, beliau bersahabat
dengan Syeikh Abdus Syukur Bin Abdul Karim Batani Al-Fathani dan
berguru kepada Syeikh Ibrahim Al-Kurani.
Persoalannya ??? .............
Siapa sebenarnya TOK PULAU MANIS ini? dan bagaimana beliau menyebarkan islam di Terengganu?. Buku yang dinanti-nantikan terbitannya kini boleh ditempah melalui online dengan harga RM95.00 sahaja. Penulisan yang terhasil dari kajian terhadap 771 buah kitab-kitab lama yang merungkai corak pengajian tradisi di Terengganu khasnya dan di alam nusantara amnya.
Dibicarakan
juga sebuah institusi pengajian tradisi yang penting pada ketika itu yang
dikenali sebagai Institusi Shaykh Abdul Malik Bin Abdullah yang
menjadi pusat penyebaran keilmuan Tasawwuf, Usuludin, Fiqh dan lain-lain.
Jika
dilihat perkembangan penulisan dan pemikiran bangsa melayu sejak dahulu lagi,
intelektual mereka dicetus oleh pengajaran dalam beragama iaitu agama islam.
Alam
tamadun melayu tidak sepi dari penghasilan banyak penulisan, malangnya selama
ini hasil-hasil sedemikian diketepikan kerana kononnya ia hanya membicarakan
tentang soal agama, padahal pada zaman tradisi karangan-karangan ini dipandang
penting dan menjadi induk kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang diterapkan
dalam kehidupan masyarakat di alam melayu.
Buku karangan Dr
Shafie Abu Bakar ini dipersembahkan dalam bentuk asal dari tesis
peringkat Sarjana beliau tanpa sebarang proses ubah suai bagi memberi
pengalaman pembacaan khazanah yang berusia hampir 50 tahun.
BUAT PEMBELIAN
SECARA ONLINE SEKARANG!
Buku
ini dicetak dengan bilangan yang sangat terhad, anda mungkin akan ketinggalan
untuk memilikinya sekiranya tidak bertindak sekarang.