Buku Tok Pulau Manis Terengganu

Buku Tok Pulau Manis Terengganu

PERHATIAN! BUKU TOK PULAU MANIS TERENGGANU KINI TELAH BERADA DIPASARAN.

..........

Menelusuri kisah ketokohan dan keilmuan salah seorang Ulama besar Negeri Terengganu yang jarang diketahui oleh umum. TOK PULAU MANIS atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik Bin Abdullah dilahirkan pada lingkungan tahun 1650 masihi. Beliau merupakan antara Ulama paling awal yang bertanggungjawab menyebarkan syiar islam di Terengganu.

 

Antara gurunya yang masyhur ialah seperti Syeikh Abdur Rauf Bin Ali Al-Fansuri, seorang ulama terkenal dari Aceh. Semasa di Aceh beliau telah bersahabat dengan beberapa orang yang akhirnya menjadi tokoh dan ulama besar seperti Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Al-Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin Ulakan dari Sumatera Barat. Mereka kemudiannya bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah.

 

Semasa di Mekah, beliau bersahabat dengan Syeikh Abdus Syukur Bin Abdul Karim Batani Al-Fathani dan berguru kepada Syeikh Ibrahim Al-Kurani.

 

Persoalannya ??? .............

Siapa sebenarnya TOK PULAU MANIS ini? dan bagaimana beliau menyebarkan islam di Terengganu?. Buku yang dinanti-nantikan terbitannya kini boleh ditempah melalui online dengan harga RM95.00 sahaja. Penulisan yang terhasil dari kajian terhadap 771 buah kitab-kitab lama yang merungkai corak pengajian tradisi di Terengganu khasnya dan di alam nusantara amnya.


Dibicarakan juga sebuah institusi pengajian tradisi yang penting pada ketika itu yang dikenali sebagai Institusi Shaykh Abdul Malik Bin Abdullah yang menjadi pusat penyebaran keilmuan Tasawwuf, Usuludin, Fiqh dan lain-lain.

Jika dilihat perkembangan penulisan dan pemikiran bangsa melayu sejak dahulu lagi, intelektual mereka dicetus oleh pengajaran dalam beragama iaitu agama islam.

Alam tamadun melayu tidak sepi dari penghasilan banyak penulisan, malangnya selama ini hasil-hasil sedemikian diketepikan kerana kononnya ia hanya membicarakan tentang soal agama, padahal pada zaman tradisi karangan-karangan ini dipandang penting dan menjadi induk kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat di alam melayu.

Buku karangan Dr Shafie Abu Bakar ini dipersembahkan dalam bentuk asal dari tesis peringkat Sarjana beliau tanpa sebarang proses ubah suai bagi memberi pengalaman pembacaan khazanah yang berusia hampir 50 tahun.

BUAT PEMBELIAN SECARA ONLINE SEKARANG!

Buku ini dicetak dengan bilangan yang sangat terhad, anda mungkin akan ketinggalan untuk memilikinya sekiranya tidak bertindak sekarang.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Buku Tok Pulau Manis Terengganu
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN